THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kelas Renang Dewasa


KURSUS ASAS RENANG

(a ) Matlamat latihan asas ini untuk menarik seberapa ramai 
kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas dan orang dewasa tentang
satu kaedah latihan renang yang lebih sistematik bagi menghindari perasaan takut kepada air serta menikmati 
aktiviti renang dan kehidupan yang sihat.

(b) Dalam kursus ini juga peserta akan didedahkan dengan beberapa
kemahiran asas cara-cara keselamatan dalam air dan kemahiran hidup
`water safety andsurvival skills` mengikut tahap penerimaan dan kesesuaian seseorang peserta sepanjang tempoh latihan dijalankan.

(c) Pada pemulaan peserta dalam kursus asas ini hanya akan didedahkan dengan kaedah latihan renang kuak rangkak sahaja `Freestyle` kerana gayakuak dada merupakan salah satu kuak yang mudah dipelajari oleh peserta yang baru ('beginner') bagi menghindari kecelaruan pembelajaran.

(d) Kursus ini akan dijalankan selama 10 sessi dan satu sessi latihan mengambil masa 2 jam sahaja kerana ianya melibatkan beberapa faktor seperti ketahanan fisikal dan cuaca, adalah dinasihatkan semua peserta kursus ini perlu menghabiskan latihan ini dalam tempoh satu bulan saja dari tarikh pendaftaran kerana
jarak waktu yang lama mempengaruhi keberkesanan kemajuan latihan iaitu mudah lupa pelajaran yang baru diperkenalkan




Kelas Renang Di Putra Palace





Kelas Renang Rekreasi Untuk Wanita